Wednesday, September 10, 2014

Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin Hanya Dari Rumah

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar? Seha doakan semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya..

Dah "bersawang" blog Seha ni dek kerana "rajin sangat".. haha

Entry kali ni Seha nak share dengan anda sedikit petua menaikkan seri wajah untuk bakal pengantin.

Sejak kebelakangan ni ramai benar kawan-kawan Seha yang mendirikan "masjid"..alhamdulillah..x kurang jugak dengan yang "on the way" nak kahwin.. 
(wahh, bersusun kenduri nak pergi ni..hihi)

Jom check it out petua-petua ini yang sememangnya mudah untuk disediakan di rumah anda: (tak percaya? baca dulu ok? )




1) 44 hari sebelum menjelang hari bahagia

Mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. 

Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa. Orang tua-tua kata petua in bagus tau.



2) 30 hari sebelum menjelang hari bahagia

Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. 

Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. 

Tahu tak yang air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik juga? Cubalah..



3) Timun sebagai eyemask
Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. 
Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?



4) Lobak sebagai masker muka
Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Yang paling best, ia juga dapat melembapkan kulit wajah anda. 
Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.


5) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah
Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri tau.


Simple kan? so, bakal-bakal pengantin semua boleh la cuba tips-tips yang Seha sharekan ni ok? (terus rasa nak buat, fefeeling pengantin gittew!!)

SELAMAT MENCUBA!!


3 comments:

  1. Tahniah!.. bagi tip lebih lagi.. tak sabar nak tunggu tip seterusnya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Seronok baca. Boleh share ni....

      Delete
  2. tq kak miza and bro mus..seha akan improve lagi from time to time..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
(Shaklee ID : 1088276).
Cash On Delivery (COD) sekitar Bayan Lepas, Bayan Baru, Teluk Kumbar, Balik Pulau, Sungai Ara,Bukit Jambul, Relau..
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:-
- Harga Istimewa
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Norfasihah di:-
017-7448039
seha5858@yahoo.com

Instagram

Facebook

Popular Posts

Followers

About Me

Disclaimer #1

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer #2

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Jumlah Pelawat

Copyright © Fasihah Muhamad | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies - Afham Rusli Technologies