Thursday, March 12, 2015

Aduh! Pedih nye Gastrik (Part 1)

Assalamualaikum semua, apa khabar? saya harap semuanya dalam keadaan yang sihat sejahtera. Saya doakan anda semua sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.

GASTRIK..mesti ramai yang tahu kan? dan mesti ramai jugak yang menghidap gastrik, betul ke betul? tak kisahla gastrik tu teruk ke tidak. Jadi untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya bersama "pendamping" saya ni iaitu GASTRIK.

Hopefully, dengan perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada anda semua. Jemput baca dengan gembira ok..

Gastrik Dah Sembuh 

Syukur alhamdulillah sekarang ni sebenarnye dah jarang sangat gastrik ni datang. Dah tak macam dulu dah. Kalau dulu lambat makan sikit dah macam tak keruan dah hidup. Selalu jugak sampai terketar-ketar tangan ni. 

Bile dah menggeletar macam "parkinson" , memang akan ambil masa untuk kembali normal. Time tu sumbat lah makanan ape pon, sampai kenyang sekali pon memang tak kan hilang ketar-ketar tu.

Rasanya dah lama sangat tak mai gastrik ni..dok tanya jugak "awak kat mana? awak..awak..kat mana?" (hahaha...alaa gurau pon tak boleh..)

Aduh! Sakitnye Gastrik

Sebenarnye hanya pengidap Gastrik je yang tau macam mana sakit nye gastrik. Tambah pulak yang selalu kene Gastrik yang kronik. Rase macam pedih sangat perut ni. Ade jugak tu sampai terpakse 'warded' dekat hospital. So, jangan main-main ok dengan gastrik ni.
saya pun lebih kurang dengan dalam gambar ni bile gastrik menyerang

Saya pasti ramai yang nak tau ape tanda-tanda bile kite kene gastrik kan? jom kite tengok antare tanda-tanda dan jugak rawatan untuk penyakit gastrik.

Tanda-tanda penyakit gastrik:


  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan untuk penyakit gastrik:

  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas 

Saya harap entri kali ni dapat memberi manfaat kepadaanda semua para pembaca norfasihahmuhamad.com . InsyaAllah di lain entri saya akan share dengan anda semua apa yang membuatkan gastrik saya HILANG!
 

Sekiranya, anda rasa entri ini dapat memberi manfaat kepada orang lain, sila tekan button "like" dan "share" di bawah ini ye..

Assalamualaikum..  

Salam Sayang,
#SehaSiCantikManis
 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
(Shaklee ID : 1088276).
Cash On Delivery (COD) sekitar Bayan Lepas, Bayan Baru, Teluk Kumbar, Balik Pulau, Sungai Ara,Bukit Jambul, Relau..
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:-
- Harga Istimewa
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Norfasihah di:-
017-7448039
seha5858@yahoo.com

Instagram

Facebook

Popular Posts

Followers

About Me

Disclaimer #1

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer #2

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Jumlah Pelawat

Copyright © Fasihah Muhamad | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies - Afham Rusli Technologies