Monday, March 09, 2015

Pengalaman Bulan Pertama #SehaSiCantikManis


Assalamualaikum semua, apa khabar? SSCM doakan semua nya sihat-sihat belaka dan kekal cantik, menawan dan handsome semua nya..hehe..Dan didoakan juga pada semua agara segala urusan pada hari ini dipermudahkan oleh allah S.W.T hendak nya.

Entri kali ini, #SSCM rase nak share dgn semua para pembaca tentang pengalaman SSCM yang kini dah mula bekerja di tempat baru di Bayan lepas, Pulau Pinang.

Kalau korang nak tau , ni dah second job SSCM selepas habis belajar. Orang kampung kate ubah angin...hehe..tak salah kan? Kite berubah ke arah yang lebih baik.

Alhamdulillah Aku Terpilih!

Syukur alhamdulillah, SSCM terpilih untuk jawatan ini setelah 2 kali pergi interview dengan bos besar, bos kecik dan jugak HR.

Tipu la kan kalau cakap tak nervous, tak takut, tak gelabah, dan macam-macam tak lagi lah. Tapi disebabkan dah banyak kali dah kene interview, so jadi macam tak de pape yang berlaku.

Alhamdulillah segala soalan dan ujian yg datang SSCM dapat tepis dengan jawapan tulus dari hati. Yang mana tau, SSCM jawab, yang mana tak pasti nak jawab ape, SSCM jawab dengan senyuman manis je kadang-kadang sampai terkekek-kekek depa gelak dengar jawapan SSCM.

Nak dijadikan cerita, SSCM dapat  tawaran lain sebelum setuju dengan company ni. Company yang lagi satu tu tak kurang hebat nye. Rasa nye kalau korang tau pon korang mesti pilih yang tu punye. Tapi atas beberapa faktor yang dipertimbangkan, akhir nye SSCM memilih untuk berkhidmat dengan company yang sekarang ini.

So , hari yang ditunggu pun tiba, tanggal 2 February 2015, SSCM melaporkan diri pada hari pertama kerja. Di mana? Mesti semua nak tau kan? Jap lagi kite bagi tau k?


Company dari German
Sebenarnye nak bagitau yang SSCM pon baru tau yang company sekarang ni asalnye dari German pada hari pertama. Company ni terletak dekat bayan lepas berhadapan dengan Tokong Ular. Mesti ade yang boleh agak2 dah kan? Haha..

OK lah, meh nak kongsi dengan u olls semua SSCM keje kat mane sekarang ni..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
.
..
..

tarraaaa!!
 
 Robert Bosch Car Multimedia (CM) Bayan Lepas, Pulau Pinang

So far so good keje kat sini, belum ade ape-ape masalah lagi dengan orang-orang kat sini. Cume biaselah, kite budak baru belajar, jadi lambat sikit nak faham dengan suasana kerja kat sini yang sememangnye jauh berbeza dengan tempat lama di Philips Lumileds, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Orang kata, "lain padang , lain lah belalang" , jadi kalau boleh kite jangan compare samada bagus ke tidak tempat kerja kita sekarang kalau nak di bandingkan dengan yg lepas. Seharusnye kite bersyukur..alhamdulillah..sebab sebenarnye ramai lagi tau kat luar sana yang masih menganggur.

Tips-tips Interview.
Sebelum mengakhiri entri kali ini, SSCMnak share dengan anda semua tip-tips yang agak berguna untuk anda untuk menghadapi Job Interview. Semua ni adelah daripada pengalaman SSCM sendiri. Manelah tau kan, bermanfaat untuk anda semua.



  • Jadilah Diri Sendiri: sebab bile anda jadi diri sendiri time Interview, insyaaallah anda tak kan rase kekok bile berdeoan dengan bakal bos anda. Jawab setenang mungkin soalan-soalan yang diutarakan oleh pihak Interviewer di depan anda.
  • Datang Awal: ke tempat Interview supaya anda tak kalut. kelibihan datang awal jugak ialah anda akan nampak lebih bersedia untuk menghadapi interview tu nanti, tak pelah kalau kite yang kene tunggu interview tu datang, jangan depa pulak yang kene tunggu kite. First impression tu penting!
  • Berpakaian Sopan: Ikutlah etika pemakaian kemas ketika Interview, jangan pulak kite pakai pakaian yang menjolok mata. karang tak jadi Interview pulak jadi nye hehehehe!
  • Berdoalah Sentiasa: sebagai muslim, kite harus berdoa dan berserah (tawakkal) kepada Allah S.W.T setelah kite berusaha seungguh-sungguh. Insyallah allah pasti akan tolong kita. Dan Dia pasti akan berikan yg paling terbaik buat kita.
Semoga dengan perkongsian SSCM yang tidak seberapa ni dapat memberikan manfaat kepada para pembaca semua.

Jika anda rase entri kali ni bermanfaat untuk semua, di persilakan tekan button "Share" di bwh ni.

Terima kasih,
 #SehaSiCantikManis 




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
(Shaklee ID : 1088276).
Cash On Delivery (COD) sekitar Bayan Lepas, Bayan Baru, Teluk Kumbar, Balik Pulau, Sungai Ara,Bukit Jambul, Relau..
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:-
- Harga Istimewa
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Norfasihah di:-
017-7448039
seha5858@yahoo.com

Instagram

Facebook

Popular Posts

Followers

About Me

Disclaimer #1

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer #2

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Jumlah Pelawat

Copyright © Fasihah Muhamad | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies - Afham Rusli Technologies